iM Sarawak adalah satu inisiatif pembangunan sosial yang diterajui oleh Lembaga Penasihat 1Malaysia Sarawak (1Malaysia Sarawak Advisory Council - 1MSAC) untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pelbagai komuniti di seluruh negeri Sarawak, selari dengan prinsip-prinsip 1Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan dalam usaha membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat negeri ini yang meliputi aspek Meningkatkan Kualiti Kehidupan, Pendidikan dan Sukan.
1MSAC ditubuhkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak bagi memberikan khidmat nasihat tentang keperluan rakyat Sarawak. 1MSAC dipengerusikan oleh ADUN Julau, YB Datuk Joseph Salang Gandum, dan anggota-anggota lain termasuklah: ADUN Limbang, YB Hasbi Habibollah; ADUN Mas Gading, YB Anthony Nogeh Gumbek; bekas ADUN Hulu Rajang, YBhg Datuk Billy Abit Joo dan Ir Hj Irwan Zulkarnain Hj Muhammad Hasbie. 1MSAC mengumpul maklumat daripada rakyat serta pelbagai agensi kerajaan dalam mengenalpasti dan mengusul projek-projek yang boleh dilaksanakan dibawah nama iM Sarawak.
Projek iM Sarawak dilaksanakan oleh Yayasan Rakyat 1Malaysia dan Yayasan 1MDB dengan kerjasama daripada NGO, agensi serta badan kerajaan negeri Sarawak. Terkini, kira-kira 115 buah projek sedang dalam proses pelaksanaan.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur