Al-Ikhsan Sports beroperasi pada tahun 1993 bermula daripada sebuah kedai yang berukuran 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru. Hari ini, Al-Ikhsan Sports telah berkembang kepada 134 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Komitmen Al-Ikhsan Sports untuk kecemerlangan dalam menawarkan produk berkualiti pada harga yang kompetitif telah melayakkan Al-ikhsan merangkul anugerah ASEAN Business Outstanding Award 2011 dalam category Industry Sukan Runcit oleh Asean Runcit & Persekutuan Francais. Laporan Sports Goods Intelligence 2012 telah mengiktirafkan Al-Ikhsan Sport di tangga ke-77 sebagai kedai sukan runcit terbesar di dunia.
Al-Ikhsan Sports mempunyai rangkaian produk terbesar dan kesemua produk yang dijual di Al-Ikhsan adalah tulen dengan jaminan bahawa jika ia adalah produk tiruan, Al-Ikhsan Sports akan mengembalikan dua kali ganda jumlah harga belian.Berdasarkan komitmen tersebut, Al-Ikhsan mempunyai matlamat untuk menjadi peruncit sukan terbesar di Asia Tenggara.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur