Mula menghangatkan gelombang udara dalam penyiaran radio pada Febuari 2006, Hot FM terus berkembang menjadi salah sebuah stesen radio yang berjenama kukuh seiring dengan pesaing yang lain.
Merupakan stesen radio kedua milik Media Prima Berhad, Hot FM mensasarkan golongan 35 tahun ke bawah dan majoriti pendengar adalah pekerja kolar putih, dan pelajar. Agresif dalam acara "on ground", Hot FM percaya sentuhan peribadi adalah penting bagi merapatkan hubungan antara pendengar dan stesen. Kekukuhan jenama acara seperti Hot FM Big Jam, Kunci AM Krew dan Hari Sukan, antara lain, adalah acara yang sering di tunggu oleh pendengar setia stesen tersebut.
Hot FM juga turut aktif dalam menyampaikan pesanan khidmat masyarakat selain memainkan lagu-lagu terkini terus mantap dengan laungan "Muzik Paling Hangat". Hot FM juga turut sinonim dalam berkolaborasi dengan pelbagai platform seperti stesen TV, media baru serta melalui sinergi telefon pintar sebagai kekal relevan di hati pendengar mereka.
Menjadi peneraju utama radio dalam laman-laman media sosial masa kini, Hot FM turut aktif berinteraksi dengan pendengar melalui medium tersebut. Kini di bawah Hot FM, terdapat Hot FM Kelate dan Hot FM T'Ganu yang beroperasi mengikut dialek tempat kedua-dua negeri tersebut. Kedua stesen tersebut baru sahaja di lancarkan pada 2 Januari 2012 secara serentak.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur