PROGRAM #Team NFDP

#Team NFDP




Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara telah diiktiraf sebagai sebuah pelan berstatus nasional. Pelbagai program telah direncanakan bagi memastikan keberkesanan pelan ini. Program-program ini akan diadakan di serata Malaysia baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman. Oleh itu, satu kumpulan telah dibentuk agar semua program yang dirancang mampu menjadi kenyataan.

Program #TeamNFDP diwujudkan untuk membentuk satu komuniti yang mampu menjadi tulang belakang bagi Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara dan memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar. #TeamNFDP akan membantu menjayakan sesuatu program yang telah dirancang daripada peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir program.

Pelbagai kelebihan yang akan diperoleh apabila anda menjadi sebahagian daripada #TeamNFDP.

- Berpeluang untuk terlibat dalam Pelan Pembangunan Bola sepak Negara
- Meluaskan kenalan dalam industri sukan bola sepak negara
- Bekerja dalam kumpulan profesional
- Pengalaman mengendalikan program berstatus nasional

Program #TeamNFDP terbahagi kepada empat bahagian iaitu;

1.Latihan Industri (Internship) : Program ini dikhaskan buat para pelajar Diploma/Sarjana Muda universiti yang sedang menuntut di universiti dan ingin mencari pengalaman bekerja bersama Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang berpusat di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Bidang-bidang yang berkaitan ialah Pengurusan, Teknologi Maklumat (IT), Kewartawanan, Seni Kreatif, Sains Sukan & Pengurusan Majlis(Event Management).

2. Sukarelawan (18 tahun ke atas) : Para peserta program ini bakal menjadi satu gerakan nasional & tulang belakang kepada segala aktiviti/inisiatif yang dianjurkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara berhampiran dengan tempat tinggal peserta.

3. Jurulatih Sukarelawan (18 tahun ke atas) : Mahu turut serta sebagai jurulatih tetapi tidak ada ruang dan pengalaman? Mulakan langkah anda sebagai jurulatih sukarelawan dan tunjukkan komitmen yang diperlukan. Jika anda berminat, sila rujuk laman Sertai Kami dan isi borang permohonan sekarang!

4. Stringer (Wartawan Bebas) : Berpuluh perlawanan akan berlangsung serentak setiap minggu di kebanyakan daerah yang menjadi hos sesuatu kejohanan. Menyedari peluang ini, #TeamNFDP ingin memberi ruang kepada penggiat sukan bola sepak untuk mengasah bakat menulis mereka pada setiap minggu! Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengetahuan bola sepak yg luas dan kemahiran menulis. Mohonlah sekarang dan sertai #TeamNFDP!

Semua rakyat Malaysia dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada #TeamNFDP. Jangan lepaskan peluang untuk bersama sama menjayakan Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Marilah mengubah dan mecorak sukan bola sepak negara dengan tangan anda sendiri.

Isi borang permohonan yang tertera di bawah dan sertai kami di #TeamNFDP! Sebarang pertanyaan mengenai #TeamNFDP, sila hubungi +03-8992 9073 (Bahagian Media, Portal dan Pangkalan Data PPBN).
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur