MAKLUMAT TERKINI

Kursus Pengadilan Bola Sepak Remaja Sekolah 2014

26 September, 2014


Kuala Lumpur - Kursus Pengadilan Bola Sepak Remaja Sekolah 2014 telah diadakan bermula 25 sehingga 28 September 2014 ini bertempat di Padang Seri Gelam & Dewan Majlis Perbandaran Johor Bahru, Johor Bahru. Kursus yang dianjurkan oleh JPN Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) ini dihadiri oleh 46 orang murid berumur 16 tahun dari sekolah-sekolah seluruh negeri Johor.

Ianya bertujuan memberikan pengetahuan dan pendedahan asas dalam bidang kepengadilan bolasepak. Penglibatan secara aktif peserta kursus dalam aspek teori undang-undang bolasepak dan aktiviti praktikal di padang akan membolehkan mereka memahami, mentafsir dan menguatkuasakan undang-undang permainan dengan lebih berkesan dan adil.

Semoga initiatif dan kerjasama yang dijalinkan oleh JPN Johor dengan PBNJ ini boleh menjadi pendorong kepada pembangunan kepengadilan dan kepegawaian sukan dalam kalangan murid-murid sekolah yang lain.
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur