MAKLUMAT TERKINI

Pakar Bola Sepak Antarabangsa "Turun Padang", Kongsi Ilmu Dengan Jurulatih Tempatan

24 April, 2014


Kuala Lumpur - Momentum program pembangunan bola sepak negara berterusan dengan penganjuran Simposium Kejurulatihan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Kali Pertama yang berakhir pada hari ini (24 April 2014) bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses.

Simposium tersebut telah berlangsung selama 3 hari bercorakkan sesi teori dan praktikal bertemakan “Merubah Corak Pemikiran” dan melibatkan 3 pakar bola sepak antarabangsa sebagai penceramah jemputan iaitu Pengarah Akademi Queens Park Rangers(QPR) Richard Allen, Bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Jepun(JFA) Takeshi Ono, dan ‘Coach Instructor’ Persatuan Bola Sepak Jerman(DFB) ,Bernd Stober. Turut terlibat sebagai salah seorang penceramah ialah Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara(PPBN) Lim Teong Kim & Pakar Kecergasan, Dr Joerg Teichmaan dari Institut Sukan Negara.

Pakar-pakar yang dijemput juga turut berkongsi pendapat & maklumat struktur pembangunan bola sepak negara & kelab masing-masing dan lebih 200 jurulatih remaja ditempatkan di Hotel Palace of the Golden Horses untuk menghadiri Simposium Kejurulatihan Program Pembangunan Bola Sepak Negara yang julung kali diadakan bermula pada 22 April hingga 24 April 2014. Kelompok jurulatih yang dipilih sebagai peserta merupakan para jurulatih yang bernaung di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara, yang melibatkan hampir semua jurulatih Harimau Muda, Sekolah Sukan Malaysia, Sekolah Sukan Negeri, Pusat Latihan Daerah, Akademi Tunas serta ketua-ketua jurulatih akademi swasta yang terpilih sekaligus melibatkan semua pemegang taruh program; iaitu Kementerian Belia & Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Sukan Negara, & Persatuan Bolasepak Malaysia.
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur