Skuad bawah 14 tahun tumpaskan Bari FC
5 Jun, 2016
Pemain negara meraikan jaringan ketika menentang Bari FC, kelmarin.
SKUAD bola sepak bawah 14 tahun negara menewaskan skuad remaja Bari FC 6- 0 dalam aksi persahabatan sempena Siri Jelajah Eropah, kelmarin.
Perlawanan yang diadakan di Stadium San Nicola, Itali itu menyaksikan skuad negara kenduri gol menerusi jaringan daripada Luqman Hakim, Amirul Ashrafiq, Aiman Haikal, Danial Amali and Alif Daniel.
Pengendalinya, Lim Teong Kim bagaimanapun masih kurang berpuas hati dengan barisan pemainnya yang dilihat tidak begitu yakin memegang bola.
“Saya sedikit kecewa dengan bahagian serangan yang banyak membazirkan peluang dan bermain dengan sukar. Perkara ini perlu diubah.
“Pemain perlu lebih yakin dan menjadikan perlawananperlawanan sebegini sebagai penaik semangat dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Skuad negara akan meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan menentang kelab dari Switzerland, Lugano FC hari ini sebelum bertemu Juventus pada 7 Jun ini.
Kemudian, mereka akan menyertai Piala Elite di Perancis pada 11 dan 12 Jun.
Sumber - Sinar Online,
www.sinarharian.com.my
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur