MAKLUMAT TERKINI

24 pemain Jelajah Eropah PPBN 2016 diumum

24 Mei, 2016



Pengarah Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN), Lim Teong Kim telah mengumumkan senarai nama 24 pemain bagi membarisi skuad Malaysia bawah 14 Tahun yang akan mengikuti Jelajah Eropah PPBN 2016.

Daripada keseluruhan senarai pemain, Lim Teong Kim mengekalkan 12 pemain daripada skuad yang menjuarai Piala Iber Costa de Sol pada tahun 2015 dan bakinya diisi oleh pemain yang terlibat dengan Jelajah United Kingdom pada tahun lepas serta pemain-pemain baharu.

Kesemua pemain yang telah terpilih akan menghadapi beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa sepanjang Jelajah Eropah PPBN ini selama sebulan dan akan berlepas ke Eropah pada esok hari. Mereka juga akan turut serta dalam Piala Elit Mougins Bawah 14 tahun yang akan berlangsung di Mougins ,Perancis.

Senarai nama pemain Jelajah Eropah PPBN 2016:

Penjaga Gol

Sikh Izhan Nazrel bin Sikh Azman
Muhammad Daniel Akmal bin Faqrol Rizal

Pertahanan

Amran bin Abdul Jamil
Muhd Umar Hakeem bin Suhar Redzuan
Ali Imran bin Sukari
Muhammad Hariz bin Mansor
Muhammad Firdaus bin Kaironnisam
Ahmad Zikri bin Mohd Khalili
Harith Naem bin Jaineh
Harith Haikal bin Adam Afkar
Muhammad Firdaus bin Ramli
Megat Syafique Syazwan bin Mohd Khairul

Pemain Tengah

Aleff Haedi Bin Zaaba
Muhammad Asman Asrul bin Sulkarnain
Naven Raj a/l Kanan
Muhammad Raimi bin Shamsul
Muhammad Aniq bin Mohd Asri
Muhammad Arif Hafiz bin Mohd Farid
Mohammad Alias bin Alan (KP)
Alif Daniel bin Abd Aziz

Penyerang

Muhammad Amirul Ashrafiq bin Hanifah
Luqman Hakim bin Shamsudin
Aiman Haikal bin Azman
Muhammad Danial bin Amali

Barisan Penjaga Gol skuad Malaysia bawah 14 tahun

Barisan Pertahanan skuad Malaysia bawah 14 tahun

Barisan Pemain Tengah skuad Malaysia bawah 14 tahun

Barisan Penyerang skuad Malaysia bawah 14 tahun

Sumber – Umar Shafiz, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur