MAKLUMAT TERKINI

Anak-anak didik Lim Teong Kim kembali ke Eropah

19 Mei, 2016

Skuad Malaysia bawah 14 tahun kini dalam persiapan untuk menjalani beberapa perlawanan persahabatan dan pertandingan di luar negara. Sekali lagi, skuad bimbingan Lim Teong Kim akan ke Jelajah Eropah pada 25 Mei, setelah mengharungi pendedahan yang sama pada tahun lepas di Jerman, Austria, Sepanyol dan Portugal. Pendedahan sebegini amat penting bagi pemain-pemain muda untuk mendapatkan pengalaman terbaik di peringkat antarabangsa.

Skuad Malaysia bawah 14 tahun terdiri daripada pemain-pemain yang berpusat
di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor.

Satu keputusan yang positif ditunjukkan oleh anak-anak buah Lim Teong Kim pada tahun lepas apabila mereka memenangi 30 daripada 35 perlawanan di sepanjang Jelajah Eropah dan Jelajah United Kingdom. Malah, mereka juga berjaya peroleh kejuaraan di Ibercup Costa Del Sol di Sepanyol.

Sebanyak 13 perlawanan persahabatan akan dilalui di sepanjang Jelajah Eropah pada tahun ini. Skuad pelapis negara atau lebih dikenali sebagai “The Cubs”, akan beradu tenaga menentang pasukan-pasukan akademi ternama seperti Juventus, Inter Milan, Monaco dan Olympique Lyonnais. Selain daripada itu, skuad ini juga dijemput untuk menyertai Piala Elit Mougins Bawah 14 Tahun yang akan berlangsung di Mougins, Perancis.

Jadual perlawanan Jelajah Eropah skuad Malaysia bawah 14 tahun.

Seramai 25 pemain serta 6 jurulatih akan terlibat dengan Jelajah Eropah bermula pada 25 Mei dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 27 Jun. Kesemua pemain telah menjalani latihan yang intensif sejak beberapa bulan ini bagi menghadapi kesemua perlawanan pendedahan yang bakal ditempuh kelak.

Sumber – Umar Shafiz, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur