MAKLUMAT TERKINI

“Jurulatih-jurulatih akan sentiasa dipantau” – Raja Azlan Shah Raja Sho’ib

14 Mei, 2016

MIRI, SARAWAK: Jurulatih-jurulatih yang bernaung di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) akan dipantau dari semasa ke semasa, menurut Penyelaras Teknikal Sekolah Sukan Malaysia, Raja Azlan Shah Raja Sho’ib, yang juga bertindak sebagai jurulatih pembimbing.

Kenyataan tersebut dilontarkan apabila beliau hadir melakukan pemantauan dan kursus “refresher” di Miri bersama jurulatih-jurulatih Akademi Tunas Miri.

Raja Azlan Shah Raja Sho’ib (hitam), antara jurulatih skuad elit bawah 14 tahun
di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Demi memastikan falsafah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) sentiasa dipatuhi dan digunapakai secara massa, satu program pemantauan secara berterusan sedang dijalankan terhadap pusat-pusat PPBN yang terlibat. Pada pemantauan pada kali ini, sebanyak lima negeri akan dihadiri oleh para pemantau yang akan memantau perjalananan PPBN sehingga satu tarikh yang ditetapkan.

Program pemantauan ini adalah bertujuan untuk menilai segala aspek dari segi kejurulatihan, pemain dan juga fasiliti berjalan mengikut perancangan PPBN yang telah ditetapkan. Turut tidak ketinggalan, program “refresher diadakan bagi mengemaskini ilmu kejurulatihan kesemua para jurulatih mengikut sukatan pelajaran terkini yang diunjurkan PPBN.

Mengulas mengenai program ini, Raja Azlan Shah Raja Shoib ketika dihubungi memberitahu bahawa setakat ini semua berjalan dengan lancar mengikut jadual, dan beliau telah pun melakukan pemantauan di beberapa negeri.

Kursus ‘refresher’ bersama jurulatih-jurulatih di Miri turut disertai
Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sarawak, Hazry Abdullah (kanan, merah).
Gambar NFDP Merbau.

“Saya melihat pusat pusat yang baru ditubuhkan terutama di Sabah telah menunjukkan satu komitmen yang baik dari segi jurulatih dan juga pemain. Walaupun baru ditubuhkan namun usaha mereka untuk melahirkan bakat bakat baru tampak jelas disitu.” ujar beliau.

Namun, sedikit kekecewaan buat beliau apabila ada beberapa jurulatih di pusat PPBN yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan ia jelas sekali memberikan satu impak negatif buat PPBN.

“Selaku pegawai yang ditugaskan untuk program pemantauan ini, telah menjadi tanggungjawab saya untuk menegur jurulatih yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan dan satu laporan akan menyusul kepada Bahagian Pembangunan Kejurulatihan dan Pencarian Bakat agar tindakan seterusnya dapat diambil”, tegas Raja Azlan Shah Raja Shoib.

Kini, beliau berada Sarawak dan akan meneruskan perjalanan ke Perak selepas bagi menuruti program pemantauan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sumber – Umar Shafiz, Planet Bola
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur