MAKLUMAT TERKINI

Pembentukan kendiri pemain penting buat bakat muda

28 April, 2016

Pembentukan pemain generasi baharu bola sepak Malaysia

Sesuatu kemenangan bukanlah satu perkara yang harus dibanggakan terutama bagi pemain-pemain muda dan itu bukan matlamat utama bagi Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Kemenangan itu mungkin menjadi pemangkin semangat buat para pemain untuk bermain dengan lebih baik untuk masa akan datang.

Perkara utama yang termaktub di dalam DNA Bola Sepak Negara adalah untuk menyediakan pemain yang baik secara keseluruhan tidak kira ketika di dalam padang mahupun tidak. Kesemua pemain di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara akan digarapkan pembentukan kendiri pemain yang telah dirancang dan dipilih sebagai ciri-ciri minima yang perlu ada pada seseorang pemain bola sepak yang mahu menjadi jaguh di peringkat antarabangsa.

Antara pembentukan kendiri pemain yang perlu ada bagi seorang pemain adalah mereka perlu mempunyai kekuatan rohani dan fizikal, bijaksana dan kreatif, sentiasa membara semangat patriotiknya, berminda kelas pertama, berdisiplin, mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, mempunyai keinginan untuk menang tetapi tidak takut untuk kalah, bercita-cita tinggi tetapi juga rendah diri.

Jika mereka mempunyai ciri-ciri seperti di atas tidak dinafikan mereka bakal menjadi satu pasukan dan pemain yang baik pada akan datang. Kesemua pelatih akan lebih memahami konsep permainan yang diterapkan dalam pelan PPBN dan dapat dipratikkan di dalam perlawanan yang mereka hadapi.

6 konsep permainan yang diterapkan kepada pemain ini iaitu kebolehan individu, organisasi serangan , organisasi pertahanan, peralihan serangan kepada pertahanan, peralihan pertahanan kepada serangan dan juga set pieces.

Untuk makluman lebih lanjut boleh dapatkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di laman sesawang kami www.planetbola.my.

Sumber - Umar Shafiz, Planet Bola.
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur