KJRN WP Kuala Lumpur, Wan Rizuan Mahu Hubungan Antara Pemegang Taruh Diperkukuh
28 Januari, 2016
Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Rizuan Wan Muhammad mahu hubungan diantara pihak pemegang taruh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) termasuk akademi swasta di sekitar Kuala Lumpur diperkukuh, dan bergerak menuju ke arah yang sama.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya sebagai KJRN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Rizuan menyatakan kepentingan dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta jelas kepada semua pemegang taruh bagi tujuan kelancaran program.
“Segalanya dalam proses pengukuhan. Pemegang taruh seperti Jabatan Pendidikan Negeri, pihak sekolah yang terlibat sudah dimaklumkan mengenai sasaran PPBN pada tahun ini dan yang paling penting mereka tahu peranan mereka.” kata jurulatih yang berusia 35 tahun itu.
Selain itu, beliau tidak menolak kerjasama yang lebih erat diantara PPBN dengan kelab-kelab swasta di sekitar Kuala Lumpur, sambil menegaskan bahawa semua pihak mahukan melahirkan pemain masa depan yang berkualiti.
“Kita akan berhubung dengan kelab-kelab di luar sana untuk lebih terlibat dengan aktiviti-aktiviti kita, dan bermain mengikut DNA yang diunjurkan oleh PPBN. Kita harus pastikan perkara ini sampai ke peringkat akar umbi.”
Wan Rizuan Wan Muhammad merupakan KJRN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang baru dilantik secara rasmi pada Januari 2016 selepas menggantikan Muhammad Firdaus Aziz yang kini melatih salah satu pasukan profesional di Lembah Klang. Beliau boleh dihubungi melalui laman sosial “Twitter” dengan nama akaun @WRizuan.
Sumber - Faliq Firdaus, Planet Bola
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur