MAKLUMAT TERKINI

Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara berstatus nasional - Najib

10 April, 2014

KUANTAN 10 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang dilancarkan beliau di sini hari ini sebagai sebuah pelan berstatus nasional.

Menurut Perdana Menteri, ia bertujuan memastikan semua pihak di peringkat kerajaan mahu pun swasta memberi sepenuh komitmen dalam pembangunan bidang itu bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah kuasa bola sepak digeruni.

Pada majlis pelancaran itu, Najib turut merasmikan Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, di sini yang dinamakan sebagai Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari bagi mengambil inspirasi daripada kegemilangan legenda bola sepak tanah air itu.

Yang hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh. - UTUSAN ONLINE

Original source - ww1.utusan.com.my
Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur