MAKLUMAT TERKINI

Pohang Steelers ‘tawan' Bukit Jalil

7 Disember, 2014


7 Dis, Kuala Lumpur - Pasukan dari Korea Selatan, Pohang Steelers berjaya menjuarai Kejohanan Jemputan Antarabangsa SuperMokh Bawah 12 Tahun setelah menewaskan Malaysia Harimau pada perlawanan Akhir dengan jaringan 4-0.

Walaupun tewas, objektif penganjuran kejohanan tersebut telah tercapai dengan pendedahan yang diterima oleh anak didik Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim.

“Tujuan penganjuran kejohanan seperti ini ialah untuk memberikan pendedahan maksima buat pemain-pemain kita, dan saya sangat berpuas hati’, ujar Teong Kim.

Secara keseluruhan, keempat pasukan yang mewakili Malaysia menunjukkan persembahan yang baik dan berjaya meraih kedudukan yang memberangsangkan pada akhir kejohanan.

Kejohanan edisi pertama yang diadakan di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil itu menampilkan 16 pasukan bawah 12 tahun yang berkampung dari 5-7 Disember 2014 dan dianjurkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara.


Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur