MAKLUMAT TERKINI

Malaysia B12 Atasi Sevilla FC B12, Rangkumkan Hari Pertama Kejohanan Jemputan Antarabangsa SuperMokh Bawah 12 Tahun

5 Disember, 2014


5 Dis, Kuala Lumpur - Tampil dengan nama Malaysia Cougars, pasukan anak didik Lim Teong Kim berjaya mengatasi Sevilla FC B12 dalam perlawanan pusingan kedua Kumpulan D, Kejohanan Jemputan Antarabangsa SuperMokh B-12 (SuperMokh Cup 2014) yang padat dengan aksi.

Paling manis, perlawanan tersebut turut disaksikan sendiri oleh Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin yang sempat meluangkan masa menyaksikan pasukan Malaysia Panthera dan Malaysia Cougars beraksi. Malaysia Panthera dan Malaysia Tigers juga berjaya menewaskan lawan masing-masing iaitu Jeju Seo Elementary School dan Pohang Steelers, dengan jaringan 6-0 dan 3-2. Namun, nasib sedikit berbeza untuk pasukan Malaysia Harimau apabila mereka tumpas 0-1 kepada GNK Dinamo Zagreb.

Pada perlawanan Pusingan 1, Malaysia Cougars berjaya menewaskan Chonburi FC dengan jaringan 1-0, Malaysia Panthera tewaskan Saint Prima Football Academy 2-1, Malaysia Harimau tewaskan PSW Futera Football Academy 3-1, akan tetapi Malaysia Tigers kecundang 1-3 di tangan Buriram United.

Keputusan Penuh Hari Pertama Kejohanan Jemputan Antarabangsa SuperMokh Bawah 12 Tahun

Pusingan 1

Kumpulan A
Singapura 0-3 GNK Dinamo Zagreb
PSW Futera 1-3 Malaysia Harimau

Kumpulan B
Uzbekistan 1-4 Pohang Steelers
Buriram United 3-1 Malaysia Tigers

Kumpulan C
Myanmar 8-2 Jeju Seo Elementary School
Saint Prima Football Academy 1-2 Malaysia Panthera

Kumpulan D
Bangladesh 1-1 Sevilla FC
Chonburi FC 0-1 Malaysia Cougars

Pusingan 2

Kumpulan A
Singapura 1-0 PSW Futera Football Academy
GNK Dinamo Zagreb 1-0 Malaysia Harimau

Kumpulan B
Uzbekistan 2-1 Buriram United
Pohang Steelers 2-3 Malaysia Tigers

Kumpulan C
Myanmar 6-0 Saint Prima Football Academy
Jeju Seo Elementary School 0-6 Malaysia Panthera

Kumpulan D
Bangladesh 0-6 Chonburi FC
Sevilla FC 0-1 Malaysia Cougars

Rakan PPBN

Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara,
Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur