GNK Dinamo Zagreb, Sevilla FC bakal warnai Kejohanan Antarabangsa SuperMokh Bawah 12 Tahun
1 Disember, 2014
Kuala Lumpur - Kelab-kelab ternama seperti GNK Dinamo Zagreb(Croatia) dan Sevilla FC(Sepanyol)
bakal bertandang ke Kuala Lumpur pada 4 Disember ini bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa SuperMokh
Bawah 12 Tahun anjuran Program Pembangunan Bola Sepak Negara.
Selain GNK Dinamo Zagreb, yang terkenal dalam menghasilkan pemain seperti Luka Modric,
dan pasukan Sevilla, mereka juga akan disaingi oleh empat pasukan kebangsaan Malaysia bawah 12 tahun, yang
kesemuanya di bawah pemantauan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim.
Beberapa pasukan kebangsaan bawah 12 tahun seperti Bangladesh, Myanmar, Singapura, Uzbekistan
juga tidak ketinggalan untuk menyertai kejohanan yang diadakan julung kali ini.
Pasukan-pasukan lain yang turut serta ialah Pohang Steelers (Korea Selatan), Jeju Seo (Korea
Selatan), Chonburi FC (Thailand), Buriram United (Thailand), PSW Futera Football Academy
(Thailand), dan Saint Prima Bandung (Indonesia).
Kejohanan yang diadakan di Padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ini bakal berlangsung
dari 5-7 Disember 2014 akan menjadi medan kemuncak buat anak-anak didik Lim
Teong Kim selepas menamatkan siri jelajah Jerman dan United Kingdom sebelum ini.
Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Tingkat 3, Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur